Thursday, October 25, 2007

Rumah Terbuka DSAI & WAWI

Che' Nurzaima Jahida sewaktu dipangku oleh nenda Wan Azizah.

Saturday, October 20, 2007

Eidul Fitri 2007

Alhamdullilah...akhirnya raya pertama tahun nie, seluruh keluarga dapat berkumpul bersama untuk memenuhi hasrat ayahanda untuk merakamkan gambar keluarga....



Sunday, September 23, 2007

Kelahiran puteri sulung

CHE' NURZAIMA JAHIDA

Today is ur day!

My husband, my friend
My love, the one I wed
I don't tell you often enough
What you mean to me
For me, expressing words out loud is tough
The best way for me is what i write
That is why I am writing this instead
We have been through so much together
Both good and bad weather
You share your life with me
Although at times we disagree
You love me for who I am
Even when that is no easy task
That's why
This year on your birthday
I want you to know how much you mean to me
I want you to know that the love we share is special
I want you to know that I am thankful you are the father of my child
I know there were times when we both thought, "will we make it through?"
But now we know our love is really true
We were meant to be
You and me
Thank you for being you
Thank you for all you do
But most of all thank you for loving me
And for looking beyond the outside and truly being able to see
To see the real me
I celebrate today
The day you were born
And to simply say
Happy Birthday My Love, My Hero....

Sunday, September 16, 2007

Kek Birthday

Jam 8:45pm,
Azif (teman amk sepang) hadir ke rumah ditemani gfnya menghantar kek kononnya kiriman dari Korea.... Hehehhee....rasa poyo gak walaupun sebenarnya terharu dengan kesungguhan teman2 yang mengikut arahan suami tersayang....
Tapi, macam mana pun disini...jutaan terima kasih buat Azizi yg terima arahan n kemudian dipassing pada Azif.... Yang pasti kek hari lahir kiriman dari korea telah selamat sampai...cuma pada yang xdapat merasa tu...tengok gambar je la ye...
Terima kasih juga buat teman2 yang menghantar ucapan sms....ingatkan dah xder saper yg ingat....
Dan yang paling tidak dilupa....buat suami tersayang yang jauh di korea....thanx 4 ur thoughts...
p/s: lepas dah dipotong baru teringat nak rakamkan gambar utk dimasukkan dalam blog.




It's my birthday....n I'm all alone....

Saturday, September 15, 2007

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan hadir lagi....

Alhamdulillah....Ramadhan hadir lagi...

Happy, kerana mengharapkan tahun nie aku mampu puasa penuh memandangkan xder lagi cuti free seperti tahun2 sebelumnya....

Sedih, coz tahun nie sepatutnya kehadiran Ramadhan dapat dikongsi bersama suami tersayang,...namun kerana dia di seoul dan aku masih di bumi malaysia membuatkan tahun pertama nie tetap macam tahun2 yang sebelumnya...

Xpelah...mungkin ada hikmahnya...dan yang pasti...setiap kali waktu berbuka pasti teringatkan air jagung yg sering menjadi kegemaran suami...ntah ada atau x di bumi seoul nanti...
Buat semua teman2 yg jauh dan yg dekat....SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA! Semoga tahun nie amalan kita akan lebih diberkati dan mampu memantapkan keimanan di hati....

sajer nak berkongsi....

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud:
“Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud:
“Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Thursday, May 24, 2007

TUNTUT KERAJAAN SERIUS LAKSANA CUTI BERSALIN 12 MINGGU

Kenyataan Media Angkatan Muda keADILan Malaysia

24 Mei 2007

Malaysia kini merupakan antara 29 buah negara iaitu termasuk antara dalam minoriti 17.5 peratus dari negara – negara dalam dunia yang masih mengamalkan cuti bersalin di bawah 12 minggu.

Cuti bersalin yang sewajarnya harus diberikan atas faktor kesihatan ibu dan bayi. Masa yang cukup untuk ibu bersama bayi juga secara psikologinya mampu mengukuhkan institusi keluarga yang memberikan kesan positif kepada pembinaan masyarakat.

Tuntutan cuti bersalin 12 minggu ini bukan baru diutarakan di negara ini. Cadangan cuti bersalin 84 hari adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 102 dan 103 yang menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 12 minggu.

23 Mei lepas sekali lagi perkara ini diperkatakan di Dewan Negara, namun jawapan Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menggambarkan ketidaksediaan kerajaan untuk mengangkat cadangan cuti bersalin yang sewajarnya itu.

Chew mengatakan kementerian masih mengkaji semula cadangan tersebut kerana bimbang kerajaan bimbang cadangan itu kemungkinan akan menjejaskan produktiviti serta menjadi faktor wanita tidak diambil bekerja oleh majikan.

Angkatan Muda Malaysia dengan ini menuntut supaya kerajaan lebih serius dalam mengangkat cadangan seperti ini kerana ia berkaitan martabat wanita, pengukuhan institusi keluarga dan bukan hanya setakat membazirkan jutaan wang hanya untuk iklan retorik seperti ke arah keluarga bahagia tanpa tindakan kukuh dari kerajaan.

Zarerah Hanim Md Zaki
Exco Angkatan Muda keADILan Malaysia

Wednesday, May 23, 2007

Tak faham.......

Menyampah, geram n keliru dengan apa yang berlaku dalam senario pertandingan Parti kali nie…. X faham dengan sikap mereka yang merasakan sudah terlalu hebat sehingga sanggup menggunakan nama org lain untuk menutup kelemahan yang ada pada diri sendiri....

Yang penting,...

Grassroot harus lebih bijak untuk menilai...inilah kelemahan yang ada pada kepimpinan selama nie...pertembungan nie bukan berlaku pada level pengikut tapi pada tahap mereka yang selama nie merupakan saf kepimpinan dalam Parti sendiri...

Kita dah lupa ke pada tujuan asal penglibatan kita?? Adakah kita sudah merasa cukup yakin yang kita sudah terlalu kuat sehingga sanggup menjatuhkan org lain demi kepentingan diri kita sendiri tanpa sedar berapa besar sangatkah kemampuan yang ada pada diri sendiri?

Mereka yang tidak menawarkan diri kali ini dilihat pula seolah-olah merupakan pak turut yang hanya menurut apa yang diperintahkan seolah-olah takder keupayaan utk berfikir dan membuat keputusan sendiri!

Ingin saya nyatakan disini....kebanyakan pimpinan amk yang telah menarik diri dari awal adalah kerana merasakan yang kami tidak lagi mampu bekerja dalam suasana yang terlalu politiking....sikap pentingkan diri sendiri yang telah wujud pada kepimpinan yang ada tanpa mengambil kisah agenda sebenar parti itu sendiri!

Sepatutnya inilah masanya untuk kita menyatukan segala kekuatan yang ada....tapi bila teman2 sendiri mula diperlekehkan dan dituduh cuba merampas kuasa yang ada...bagi saya itu merupakan sikap kurang keyakinan diri!

Anak muda secara realitinya adalah golongan yang berani mencuba dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua rintangan...Itu yang mampu menjadikan anak muda lebih kuat dan kreatif....

"penindasan hanya akan terhapus apabila yg tertindas sendiri bangkit melawan"

Sunday, May 13, 2007

MOTHER,
One of the most beautiful creation by GOD. You can feel her innocence in form of a daughter. You can feel her care in form of sister. You can feel her warmth in form of a friend. You can feel her passion in form of a beloved. You can feel her dedication in form of a wife. You can see her divinity in form of a mother. You can see her blessings in form of a grandma. May god grant all da mothers in the world a beatiful and long life.

Happy Mothers Day!

Friday, May 11, 2007

Ahli Parlimen BN kurang ajar !!

Angkatan Muda dengan ini merakamkan rasa kesal tindakan ahli parlimen BN yang mehina wanita dengan mengeluarkan kenyataan berbaur seksis (lucah).

Semasa persidangan 9 Mei 2007 , Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) telah mengeluarkan kenyataan yang menghina wanita semasa berlaku kekecohan berkaitan isu kebocoran di Parlimen semalam.

Dalam keriuhan itu, Bung Moktar kedengaran berkata: "Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga."

Ketika itu Fong dan anggota pembangkang lain sedang membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Lim Si Cheng, berhubung perbincangan mengenai isu kebocoran yang berlaku di beberapa bahagian di dalam bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen seharusnya membahaskan sesuatu usul dengan penuh kematangan dan bijaksana demi mengenengahkan masalah rakyat dan mencari penyelesaian terbaik. Ini bukanlah kali pertama ahli parlimen khususnya dari Barisan Nasional mengeluarkan kenyataan yang tidak matang dan menghina semasa sesi perbahasan.

Ahli Parlimen BN Jerai, contohnya pernah mengeluarkan kenyataan mengancam dan menghalau orang bukan Islam atau bukan Bumiputera pulang ke negara asal mereka.

Tetapi seperti biasa bantahan mengenai perkara ini dan usul untuk menghadapkan mereka ke Jawatankuasa Khas parlimen gagal. Malah kali ini usul untuk menghadapkan mereka bukan sahaja di tolak tetapi lebih di kesalkan ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menganggap penghinaan seperti itu hanya satu gurauan biasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata setiap anggota Parlimen yang melangkah masuk ke Dewan Rakyat harus bersedia untuk menerima kenyataan berbentuk "gurauan" yang dibuat oleh rakan lain.

Beliau juga berkata kedua-dua anggota parlimen BN itu tidak perlu meminta maaf kerana kenyataan itu tidak berbaur penghinaan.

Sebagai sebuah masyarakat bertamadun, sebagai seorang ahli parlimen yang turut di undi oleh wanita, sebagai pemimpin politik yang mewakili aspirasi kerajaan Islam Hadhari seharusnya kenyataan penghinaan seperti itu tidak berlaku.

Angkatan Muda keADILan Malaysia dengan ini tegas mendesak Ahli Parlimen Barisan Nasional menarik semula kata รข€“ kata beliau dan meminta maaf. Tindakan sewajarnya harus diambil oleh Kelab Penyokong Kerajaan (back bencher).

Angkatan Muda keADILan Malaysia bersesuaian dengan semangat Hari Ibu menyeru rakyat agar memandang serius penghinaan terhadap kaum wanita ini.

Isu kebocoran di bangunan Parlimen seharusnya dibincangkan secara serius kerana projek pengubah suaian dan selepas itu baik pulih bangunan tersebut telah memakan bukan sedikit wang rakyat.

Angkatan Muda keADILan Malaysia juga mencabar Wanita dan Puteri Umno serta sayap wanita parti komponen BN menyatakan pendirian dalam perkara ini.

Sekian.

ZARERAH HANIM MD ZAKI
Exco Angkatan Muda keADILan Malaysia
erahanim@gmail.com

Thursday, May 10, 2007

Virgo Women & Libra Man

Virgo (Aug 23- Sep 22)
Compatible With Very Good : Aries, Scorpio,Taurus,Libra, Leo & Sagittarius
Good : Pisces, Capricorn, Aquarius, Gemini & Virgo
Virgo Woman is a pure hearted person. For her loves should be pure and she wouldn't mind any amount of suffering to attain it. She is a perfectionist and doesn't allow any sort of shortcomings in the relationships. She would terminate a relationship if she finds that it's imperfect. She can be a good financial advisor. She has an independent personality and doesn't depend on her husband for everything. Her discrimination capability makes her a good critic. She is very faithful and for her beauty means truthfulness. She is trustworthy and one can safely trust her with any secrets. She is courageous and responsible. She is also a good cook and makes a gentle mother. She is also a firm disciplinarian and with it instill good habits in her children.



Libra ( Sep 23- Oct 22)
Compatible WithVery Good : Gemini, Virgo, Capricorn, Aquarius, Libra & Taurus
Good : Aries, Scorpio, Sagittarius & Pisces
Libra Man has a strong charm which is irresistible. He is known for his fickleness. He is inclined to go through more than one relationship before deciding whom to marry. He is extremely trustworthy. He doesn't like to hurt others. His is so fair that being unfair is a equal to murder for him. He is an expert lover. He is logical, rational, fair, sensible and practical person.He is lavish with cash. He likes a clean and organized home. He likes the woman to take initiative. He is a doting father.