Wednesday, May 23, 2007

Tak faham.......

Menyampah, geram n keliru dengan apa yang berlaku dalam senario pertandingan Parti kali nie…. X faham dengan sikap mereka yang merasakan sudah terlalu hebat sehingga sanggup menggunakan nama org lain untuk menutup kelemahan yang ada pada diri sendiri....

Yang penting,...

Grassroot harus lebih bijak untuk menilai...inilah kelemahan yang ada pada kepimpinan selama nie...pertembungan nie bukan berlaku pada level pengikut tapi pada tahap mereka yang selama nie merupakan saf kepimpinan dalam Parti sendiri...

Kita dah lupa ke pada tujuan asal penglibatan kita?? Adakah kita sudah merasa cukup yakin yang kita sudah terlalu kuat sehingga sanggup menjatuhkan org lain demi kepentingan diri kita sendiri tanpa sedar berapa besar sangatkah kemampuan yang ada pada diri sendiri?

Mereka yang tidak menawarkan diri kali ini dilihat pula seolah-olah merupakan pak turut yang hanya menurut apa yang diperintahkan seolah-olah takder keupayaan utk berfikir dan membuat keputusan sendiri!

Ingin saya nyatakan disini....kebanyakan pimpinan amk yang telah menarik diri dari awal adalah kerana merasakan yang kami tidak lagi mampu bekerja dalam suasana yang terlalu politiking....sikap pentingkan diri sendiri yang telah wujud pada kepimpinan yang ada tanpa mengambil kisah agenda sebenar parti itu sendiri!

Sepatutnya inilah masanya untuk kita menyatukan segala kekuatan yang ada....tapi bila teman2 sendiri mula diperlekehkan dan dituduh cuba merampas kuasa yang ada...bagi saya itu merupakan sikap kurang keyakinan diri!

Anak muda secara realitinya adalah golongan yang berani mencuba dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua rintangan...Itu yang mampu menjadikan anak muda lebih kuat dan kreatif....

"penindasan hanya akan terhapus apabila yg tertindas sendiri bangkit melawan"

1 comment:

faizalzainol said...

sabar, dlm pejuangan menuntut kesabaran, xsalah mengeluh, tp keluhan bisa membuatkan hati makin lemah, jiwa makin terseksa dan akal rasa makin merana yg lebih merbahaya, bisa melemahkan teman2 yg lain. Cari semangat, cari kekuatan.. cari hikmah.. teruskan perjuangan..

Kejayaan menantimu dihujung sana..